Drama Adellea Sofea [Drama Akasia TV3 2020]


DRAMA : ADELLEA SOFEA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
IDEA ASAL : Nurul Halawati
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radiusone Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad

LAGU TEMA
Tentang Rahsia - Judika feat Shila Amzah

SINOPSIS ADELLEA SOFEA
Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

Post a Comment

0 Comments