Drama Bukan Gadis Biasa [Drama Samarinda TV3 2020]


DRAMA : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Hj Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA
Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.  Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.  Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

Post a Comment

0 Comments