Drama Maaf Tak Indah [Drama Samarinda TV3 2020]


DRAMA : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan, Yumna Ayuna, Muhammad Mikael Kahirul Izzad

LAGU TEMA/ OST MAAF TAK INDAH 
Maaf - Adira Suhaimi

SINOPSIS MAAF TAK INDAH
Perkahwinan Syazan dan Raimie yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tidak mahukan anak tetapi Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka dan menjalin hubungan dengan Zila. Setelah lima tahun, mereka dipertemukan kembali atas urusan kerja dan Syazan merayu agar dia dibenarkan untuk berjumpa dengan Adam. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu, Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun Raimie yang sebenarnya masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya itu. Tanpa disedari Raimie tidak mengetahui kewujudan anak mereka Tia. Episod 1 - Syazan sangat obses menjaga bentuk tubuh badannya, lebih-lebih lagi setelah berkahwin dengan Raimie. Dia banyak habiskan masa dengan sahabatnya, Cheryl di Gym dan kelas Zumba. Oleh sebab itu jugalah dia tidak mahu mengandung, sementelah dia juga bencikan kanak-kanak. Syazan mengamalkan penggunakan pil perancang walaupun Raimei tidak sabar hendakkan anak dari perkahwinan mereka. Namun, Syazan tetap mengandung. Sejak itu, Syazan mula berubah. Dia tidak berkongsi kegembiraan bersama Raimie yang tidak sabar menerima kandungan itu. Syazan mula menyendiri. Dia benci dengan hidupnya ketika itu, lebih-lebih lagi bentuk tubuhnya ketika mengandung yang dirasakan hodoh. Sehinggalah Cherryl mencadangkan Syazan menggugurkan kandungan itu.

Post a Comment

0 Comments