Drama Demi Rindumu [Slot MegaDrama Astro Ria]


DRAMA : DEMI RINDUMU
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 7 Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Okthi Amra
PENULIS NOVEL : Diya Jamal
PENGARAH : Haris Fadzillah
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Sean Lee, Janna Nick, Norman Hakim, Elvina Mohamad, Sherry Ibrahim, Riz Amin, Aleza Shadan, Mustapha Kamal, Azri Sabri, Raja Norbaizura, Hafeez Mikael, Fazli Daniel Ali, Qazem Nor, Naim Shamsul 

SINOPSIS DEMI RINDUMU
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya. Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi. Biarpun hanya mengenali masing-masing dalam waktu yang singkat, Nurhana merancang untuk berkahwin dengan Haznik sebagai alasan untuk hentikan perkahwinan abangnya dengan Rania.

Post a Comment

0 Comments