Drama Kau Yang Pertama [Slot Akasia TV3]


DRAMA : KAU YANG PERTAMA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Shahremy Ikmal & Eja Lorena
PENGARAH : Hadith Omar
PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd
PELAKON : Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Tasha Shilla, Elyas Abdullah, Yusuf Bahrin, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Sheila Hassan, Wan Nor Azlin, Elly Mazlein, Amar Asyraf, Erul Samah, Nashra Shah, Imam Shah, Nasz Sally, Laila Nasir

SINOPSIS KAU YANG PERTAMA

Kisah percintaan antara boss & intern. Farhan adalah pengasas dan pemilik Butik Carla’s Collections di mana tempat Rose Natasya lakonan Farah Nabilah membuat latihan industri bagi semester akhir pengajiannya. Dalam diam, Rose selalu berangan bersama Farhan bagaikan babak dalam drama-drama Korea. Namun, Rose sedar dirinya siapa, lagipun Farhan sudah pun bertunang dengan Ameera.

Ikatan pertunangannya dengan Ameera, seorang model terkenal sentiasa mendapat perhatian netizen kerana kedua mereka dikenali di media sosial. Namun, berlaku sesuatu yang mengejutkan di hari pernikahan mereka. Ameera pengsan sebelum sempat mereka diijabkabulkan. Farhan terkejut apabila mendapati Ameera hamil. Ameera berbohong mengatakan bahawa dia telah dirogol sewaktu dia membuat peragaan di luar negara. Farhan kecewa dengan Ameera yang berselindung dan malu apabila majlis perkahwinannya terbatal. Farhan mengurungkan diri di rumah dan urusan pelancaran koleksi terbaharu butik Carla’s Collection di serahkan kepada Irfan buat sementara waktu. Semasa ketiadaan Farhan, Rose dan Kak Zaza bertungkus lumus menyiapkan rekaan baju baharu mereka. Penat lelah Rose berhasil apabila rekaannya telah terpilih sebagai koleksi terbaharu Carla’s Collection. Rose terus diserap untuk bekerja di butik sebagai pembantu kak Zaza sebaik sahaja tamat latihan industrinya. Rose gembira dan lega kerana akhirnya dia dapat membantu ibunya, Mak timah yang sering diganggu oleh Mak Gayah dan anaknya Suraya kerana menuntut hutang yang dibuat oleh bapanya. Farhan dan Rose juga semakin hari semakin rapat. Sikap Rose yang suka berangan tetapi berani telah memikat hati Farhan. Ketiadaan Rose yang bercuti untuk pulang ke kampung membuatkan Farhan resah. Farhan menyedari yang dia seperti sudah dilamun cinta dengan Rose tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya. Rose yang pulang untuk bercuti di kampung tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh ibunya kerana terpengaruh dengan kata-kata Suraya yang menjaja cerita buruk kononnya Rose menjual maruahnya di Kuala Lumpur. Apabila mengetahui Rose mahu berhenti kerja, Farhan membuat keputusan untuk pergi ke kampung Rose dan memujuk Mak Timah.  Sesampainya di kampung, Farhan dikejutkan dengan permintaan Mak Timah yang meminta supaya dia mengahwini Rose jika mahu dia benarkan Rose kembali bekerja di butik Farhan. Farhan tersepit tetapi dalam masa yang sama Farhan merasakan itu yang terbaik untuk menutup mulut orang dan juga mengelakkan dirinya daripada diganggu Ameera yang masih menagih cintanya. Akan bahagiakah cinta pertama buat Rose dengan lelaki yang diminatinya, iaitu majikannya sendiri?

Post a Comment

0 Comments