Drama Setelah Terlafaznya Akad [Slot MegaDrama Astro Ria]


DRAMA : SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azahar
PENULIS NOVEL : Anna Milia
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Production Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka. Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.


Post a Comment

0 Comments