Drama Perempuan Tanpa Dosa [Slot Mega Drama Astro Ria]

DRAMA : PEREMPUAN TANPA DOSA

EPISOD : 28

TARIKH TAYANGAN : 6 Oktober 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)

PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Fazreen Farouuk

PENULIS NOVEL : Fatinilam Sari Ahmad

PENGARAH : Michael Ang

PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin, 

SINOPSIS PEREMPUAN TANPA DOSA

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?


Post a Comment

0 Comments