Biodata Malek Mccron Pelakon Baru - Drama Budak Intern


  • Nama sebenarnya, Malek Marcus Mccrone.
  • Menggunakan nama komersial, Malek Mccrone.
  • Lahir pada 13 September 1994.
  • Berumur 26 tahun (2020).
  • Berketinggian 183 sentimeter (cm).
  • Mempunyai darah kacukan Kanada dan Melayu.
  • Bapanya berasal dari Toronto, manakala ibunya dari pekan Selandar, Melaka.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @malekmccrone
  • Kelahiran Ampang.
  • Pernah menetap di Kanada.
  • Bekas pelumba basikal negara.
  • Pernah menyara kehidupan sebagai buruh kasar di Kanada.
  • Bergiat dalam dunia fesyen tanpa dirancang.
  • Kini bergelar model tempatan terkenal yang menjadi rebutan dalam bidang peragaan.
  • Sering ke Jakarta, Indonesia atas tuntutan kerja dalam bidang modeling.
  • Diiktiraf di Anugerah Stail EH! 2019 menerusi kategori Model of the Year sekaligus menewaskan barisan model daripada kalangan lelaki mahupun wanita.
  • Merupakan CLEO 50 Most Eligible Bachelors 2015.
  • Amat menitikberatkan senaman dalam mengekalkan bentuk badan yang cantik, selain soal pemakanan dan tata rias.
  • Enggan tertumpu pada bidang fesyen, sebaliknya ingin melebarkan sayap ke dunia komersial televisyen.
  • Gemar mengembara.
  • Ibunya merupakan seorang pesakit kanser.

Post a Comment

0 Comments