Drama Melastik Ke Hatimu [Slot Lestary TV3]

 


Drama : MELASTIK KE HATIMU

Jumlah Episod : 13

Mula Tayangan : 21 Januari 2021

Waktu Tayangan : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam

Siaran TV : Slot Lestary TV3

Penulis Novel : Aqma Dee

Pengarah : Azmi Hata

Penerbit/Produksi : OrangeTree Production Sdn Bhd

Pelakon : Andi Bernadee, Janna Nick, Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Wani Keyrie, Norman Hakim, Ahmad Ezzrin Loy, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Idzham Ismail, Cassia Iman, Noniswara, Afifah Nasir dan ramai lagi

SINOPSIS DRAMA MELASTIK KE HATIMU

Mengisahkan  seorang gadis yang bernama Haura (Janna Nick). Seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu yang kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen.

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. 

Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.

Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

SINOPSIS NOVEL MELASTIK KE HATIMU

Ini kisah tentang Haura Annisa, seorang gadis yang dipandang sebagai 'gengster kilang' namun, siapa tahu kehidupannya terkongkong dan dikawal maknya. 

Mak nak menantu kaya tapi Haura nak abang posmen! "Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?" Jeling Ziyyad. "Saya ambil anginlah," bohong Haura. "Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar sekali? 

Unik cara awak bersantai," sindir Ziyyad. No ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat 'kayu cengal' itu. Membosankan! 

NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah... 

"Aku nak kau ceraikan anak aku!" -Mak Limah 

"Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna." -Ziyyad 

"Saya cintakan awak..." -Haura Annisa 

APAKAH pilihan Haura saat bahagia mereka diuji?

Post a Comment

0 Comments